Shereen raih emas acara 400m di Amerika Syarikat

6 Apr 2025 • 12:38 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Shereen

PELARI wanita negara, Shereen Samson Vallabuoy meraih gelaran pertamanya tahun ini apabila mengungguli kategori 400 meter (m) wanita pada Kejohanan Embry-Riddle Running Elements Classic 2025 di Florida, Amerika Syarikat.

Olahraga Malaysia dalam hantaran di Facebook pada Ahad memaklumkan atlet berusia 26 tahun yang mewakili pasukan Life Speed itu menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 53.72 saat (s) untuk meraih emas.

Pingat perak dimenangi Gabby Johnson daripada pasukan North Florida dengan catatan masa 55.17s manakala gangsa diraih Nevaeh Lorjuste daripada pasukan Rowan (56.91s).

"Menurut Shereen, 200m pertama agak mencabar disebabkan cuaca berangin dan arah angin berlawanan.

"Namun secara keseluruhan, beliau berasakan sangat baik dari segi teknikal dan berlari dengan penuh kekuatan,” menurut hantaran itu. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved