Shiera Ijoy Hanya Bergurau, ERA FM Suruh Datang Uji Bakat

LocalEntertainment
13 Mar 2025 • 6:03 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
shiera ijoy

Kadang-kadang, rezeki datang tanpa diduga! Itulah yang berlaku kepada pelakon dan bekas penyampai radio Suria, Sharifah Shahirah atau lebih mesra dipanggil Shiera Ijoy.

Semuanya bermula apabila dia secara berseloroh meninggalkan komen di Instagram, menawarkan diri untuk menggantikan penyampai 3 Pagi Era yang kini direhatkan. Tak sangka, pihak Era FM benar-benar menghubunginya untuk hadir ke sesi uji bakat dan mencuba siaran percubaan!

Mereka ada hubungi saya untuk datang uji bakat dan cuba bersiaran. Kita tunggu sajalah Isnin nanti. Saya pun masih berfikir-fikir lagi.- Katanya.

Ramai mahu Shiera Ijoy kembali selepas umum berhenti di Suria FM…

image is not available

Selepas menamatkan perkhidmatannya di Suria FM pada Februari lalu, Shiera mengakui kini mempunyai lebih banyak masa terluang. Jadi, kenapa tidak cuba sesuatu yang baru?

Kata mereka ganti sementara sahaja. Apa salahnya memandangkan sekarang bulan Ramadan, saya pun susah nak tidur lepas sahur. Bolehlah bersiaran pagi. Mungkin ini rezeki Ramadan.- Jelasnya.

Pun begitu, Shiera tidak mahu terburu-buru menerima tawaran tersebut. Dia mahu memastikan semua syarat sesuai sebelum membuat keputusan.

Kerja secara percuma itu sekadar ‘pancing’ perhatian sahaja. Bila mereka dah hubungi saya, kenalah tanya harga.- Selorohnya.

Sebelum ini, segmen pagi Era dikendalikan oleh Nabil Ahmad, Azad Jazmin dan Radin. Namun, mereka telah direhatkan selepas kontroversi video tarian yang dianggap mempersendakan agama lain.

image is not available

Kini, segmen tersebut diambil alih oleh Namie dan Munabella. Jika Shiera menerima tawaran ini, pasti ramai yang tak sabar nak dengar celotehnya kembali menghiburkan pendengar!

#ApaKataOhmedia

Kadang-kadang, rezeki datang dalam cara yang tak dijangka! Kalau Shiera kembali ke Era FM, pastinya suasana pagi akan lebih meriah dengan gelagat selambanya. Kita tunggu pengumuman rasmi nanti!

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: mStar


The post

appeared first on

.