Shikin Maembong tampil berhijab, peminat doa kekal istiqamah – “Hadiah birthday untuk suami”

16 Jul 2026 • 3:35 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon Shikin Maembong, menjadi perhatian ramai apabila memilih untuk berhijab sebagai hadiah paling bermakna buat suaminya Cat Farish sempena ulang tahun kelahiran ke-52 penyanyi itu.

Hadiah birthday suami

Image from: Shikin Maembong tampil berhijab, peminat doa kekal istiqamah – “Hadiah birthday untuk suami”

Momen penuh bermakna itu dikongsikan sendiri oleh Shikin menerusi satu hantaran di Instagram apabila memuat naik foto terbaharunya mengenakan hijab, disertakan kapsyen khas yang ditujukan kepada suaminya, pemilik nama sebenar Farish Ramli.

“Hadiah birthday suami, agak-agak abang @catfarish suka tak? Bismillah,” tulis Shikin ringkas namun sarat dengan makna.

Penghijrahan Shikin itu menjadi lebih istimewa apabila ia berlaku hanya beberapa hari selepas pasangan berkenaan meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang ketiga pada 13 Julai lalu.

Menjengah ke ruangan komen, Cat Farish turut meluahkan rasa syukur dan terharu dengan perubahan yang dilakukan isterinya itu, malah menyifatkannya sebagai hadiah paling bermakna sempena ulang tahun kelahirannya.

Image from: Shikin Maembong tampil berhijab, peminat doa kekal istiqamah – “Hadiah birthday untuk suami”

“My birthday and anniversary present,” tulis Cat sambil menyertakan dua emoji hati.

Sebelum ini, Shikin juga pernah berkongsi ucapan istimewa sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ketiga dengan meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan jodoh yang masih utuh hingga ke hari ini.

Artikel lain: Cat Farish dedah insiden lap pisang buat Shikin Maembong jatuh hati

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada Julai 2023 dan kini membina sebuah keluarga bahagia bersama empat cahaya mata, terdiri daripada tiga anak hasil perkahwinan terdahulu Cat Farish serta seorang anak Shikin daripada perkahwinannya dengan bekas suami, Chef Riz.

Sumber: Instagram shikin_maembong

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved