Shila Amzah buat ‘tour’ banglo kontroversi, netizen faham kenapa nak jual

27 Dec 2023 • 5:32 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Penyanyi, Shila Amzah berkongsi video buat tour banglo miliknya yang sebelum ini menjadi kontroversi melibatkan ahli keluarganya.

Sedang dalam proses untuk dikosongkan

Difahamkan, banglo berkenaan sudah dikosongkan dan dia berniat untuk menjualnya. Dalam video tersebut, Shila memaklumkan yang proses pembersihan sedang dijalankan apabila meminta bantuan syarikat pembersihan untuk membantu menyuci rumah sebelum dijual.

Shila Amzah buat ‘tour’ banglo, ramai akui memang jenuh nak kemas

Ruangan rumah banglo yang terletak di Hulu Langat itu betul-betul besar dan diakui bahawa untuk menyelenggaranya agak sukar lebih-lebih lagi jika tidak mempunyai pembantu rumah.

Menurut pemilik nama sebenar Nurshahila Amir Hamzah, 33, kesemua bilik yang terdapat di dalam banglo tersebut mempunyai bilik air dan memang penat jika ingin membersihkan rumah sebesar itu.

image is not available

Shila Amzah buat ‘tour’ banglo sebelum jual

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang akui bahawa rumah berkenaan memang besar dan sangat sukar untuk dibersihkan jika tidak mempunyai pembantu.

Walaupun ada yang mengakui bahawa sayang jika rumah sebesar itu dijual, namun ada juga yang faham mengapa penyanyi berkenaan mengambil langkah terbabit kerana tahu kos menjaganya cukup tinggi.

image is not available

Tak larat nak kemas rumah macam ni

image is not available

Jual cari rumah yang lagi kecil

image is not available

Projek rumah Ubai 70% siap

Dalam pada itu, penyanyi lagu Jauh Hati berkenaan memberitahu yang selepas ini mereka akan memulakan proses mencuci rumah suaminya pula iaitu Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli.

Di Insta Story TikToker berkenaan, dia telah berkongsi video rumah baru yang sudah 70% siap dan dalam proses merenovasi.

Terdahulu, kontroversi melibatkan rumah terbabit pernah menjadi perbualan netizen di media sosial apabila Shila didakwa menghalau ibu dan adik-adiknya keluar dari rumah tersebut.

Namun begitu, dakwaan tersebut disangkal oleh penyanyi terbabit apabila menjelaskan bahawa meminta mereka berpindah buat sementara bagi membolehkannya mencari rumah yang lebih kecil dan mudah diurus berbanding banglo berkenaan.

Sumber: Instagram shahilaamzah