[VIDEO] Shila Amzah Buat House Tour Banglo ‘Pusaka’, Netizen Faham Kenapa Nak Jual

Entertainment
27 Dec 2023 • 6:40 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Selepas bermacam-macam dugaan antaranya dengan ahli keluarga mengenai rumah kediaman mereka, penyanyi Shila Amzah akhirnya dapat menjual banglo yang terletak di Hulu Langat.

Justeru, Shila Amzah hari ini ada muat naik video house tour miliknya menunjukkan keadaan di sekeliling dalaman rumahnya itu setelah selesai ambil upah pembersihan.

 

“Elok la jual.. den tgk pon semput” – Netizen

Sebelum ini, Shila ada menyatakan bahawa rumah tersebut terlalu besar untuk dijaga dan dia adalah orang utama yang bertanggungjawab untuk menjaga rumah tersebut dalam satu TikTok live.

Namun, setelah melihat video di bawah ini, ramai netizen faham kenapa penyanyi yang terkenal dengan lagu Patah Seribu ini nak jual rumah tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shila Amzah (@shahilaamzah)

 

Menurut netizen, mereka dapat bayangkan jenuhnya untuk mengemas dan menjaga rumah tersebut, bahkan ada yang penat walaupun hanya tengok daripada video sahaja kerana boleh fikir keletihan yang harus dihadapi untuk mengemas, belum masuk penyelenggaraan lagi.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Sebelum ini, isu penjualan rumah ini menjadi hangat setelah adik kepada Shila Amzah iaitu Shada Amzah ada kongsikan yang dia sekeluarga menerima notis penjualan rumah.

Ternyata keputusan Shila itu membuatkan majoriti ahli keluarganya itu tidak senang dan berlaku perang dingin antara Shila dan sesetengah adik beradik lain.

Isu menjadi semakin panas apabila ibunya, Fauziah Sarman membuat satu luahan kecewa terhadap tindakan Shila.

Sumber : Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.