Shila Amzah dedah pernah ditawarkan RM6 juta

EntertainmentLifestyle
9 Jul 2025 • 10:26 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Penyanyi, Shila Azmah mendedahkan pernah menerima tawaran sebagai duta produk syampu di China dengan bayaran sebanyak RM6 juta.

Bagaimanapun, Shila terpaksa menolak tawaran berkenaan apabila pihak syarikat tersebut meletakkan syarat agar beliau membuka tudung.

“Semasa saya di China, saya dapat tawaran iklan syampu rambut. Saya mula terfikir macam mana saya nak buat sedangkan saya bertudung.

“Syarikat tu tawarkan pada saya 10 juta yuan (RM6 juta) dengan syarat perlu buka tudung,” katanya.

@suriamalaysia

10 JUTA??!! Nasib baik Shila Amzah bukan jenis mata duitan kan hm tapi apa kata bagi offer tu dekat min hihi #suriamalaysia #segalanyahiburan #morningmorningsuria #mms

♬ original sound – Suria Malaysia – Suria Malaysia

Baca juga:

Menerusi temu bual di Suria Malaysia, Shila menegaskan beliau menolak tawaran tersebut kerana ketika itu beliau sudah berhijab.

Shila turut menjelaskan bahawa selebriti di China kebiasaannya memperoleh pendapatan yang jauh lebih tinggi kerana dibayar dalam jumlah jutaan yuan.

“Sebenarnya penyanyi, pelakon lebih kaya di China. Satu episod memang dibayar berjuta,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Shila menyatakan keputusan menolak tawaran sebagai duta syampu itu dibuat secara peribadi tanpa berbincang dengan mana-mana pihak.

“Saya terus tolak, tak perlu fikir tawaran tu,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved