Shila Amzah Kongsi Demo Lagu Baru Tentang Bapa Tak Bertanggungjawab

EntertainmentMusic
30 Jun 2026 • 8:40 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Shila Amzah nampaknya sekali lagi mencuri perhatian ramai selepas berkongsi demo lagu terbaharu yang cukup menyentuh emosi. Menerusi perkongsian di Instagram, penyanyi berusia 36 tahun itu menulis luahan berbentuk lagu tentang kisah seorang bapa yang digambarkan tidak bertanggungjawab.

Walaupun tidak mendedahkan tajuk rasmi lagu tersebut, Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Hamzah hanya meletakkan ‘coretan anak’ sebagai judul pada hantaran berkenaan.

Apa yang lebih membuatkan ramai sebak, Shila turut memaklumkan ibunya, Fauziah Sarman menangis selepas mendengar demo lagu itu.

Mama menangis tadi.- Tulisnya ringkas.

Bait lagu seolah luah rasa kecewa

ibu shila

Bait-bait lagu tersebut turut menyentuh tentang isu kecurangan yang memberi kesan kepada keluarga. Antara lirik yang dikongsikan berbunyi tentang seorang anak yang mempersoalkan peranan ayah sebagai ketua keluarga.

Dalam lagu itu juga, Shila menyebut tentang tanggungjawab yang sepatutnya dipikul bersama, namun akhirnya seolah-olah dilepaskan kepada ibu.

Kisah keluarga pernah jadi perhatian

shila amzah

Sebelum ini, kisah keluarga Shila pernah menjadi perhatian ramai selepas bapanya, Datuk ND Lala berkahwin dua. ND Lala kemudian menceraikan Fauziah pada Ogos 2023 selepas sekian lama mendirikan rumah tangga.

Isteri kedua ND Lala sebelum ini dikatakan merupakan bekas rakan sekolah Shila sendiri, Siti Munirah Abdul Ghani.

Pssttt! Kadang-kadang, lagu bukan sekadar melodi tetapi jadi tempat seseorang meluahkan rasa yang lama tersimpan. Apa pun kisah di sebaliknya, semoga Shila, ibunya dan keluarga terus kuat melalui fasa masing-masing.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post Shila Amzah Kongsi Demo Lagu Baru Tentang Bapa Tak Bertanggungjawab appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved