'Masa dia lahir, saya rasa tak bersedia…' – Ammar Ahyan cecah 18 tahun, Aliff Syukri kongsi momen bergelar bapa muda

Family & ParentingLifestyle
18 Jun 2026 • 9:05 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: 'Masa dia lahir, saya rasa tak bersedia…'  – Ammar Ahyan cecah 18 tahun, Aliff Syukri kongsi momen bergelar bapa muda

PEJAM celik, pejam celik, rupa-rupanya sudah 18 tahun usahawan kontroversi dan popular, Datuk Seri Aliff Syukri memegang status sebagai seorang bapa.

Meraikan hari lahir anaknya, Ammar Ahyan, baru-baru ini, jutawan kosmetik itu sempat berkongsi rasa hati yang cukup menyentuh emosi tentang indahnya fasa keibubapaan yang dilaluinya.

Menerusi satu hantaran di media sosial, Aliff atau nama sebenarnya Aliff Syukri bin Kamarzaman secara terbuka mengimbau kembali kenangan lalu dan mengakui bahawa pada awal kelahiran anak sulungnya itu, beliau sebenarnya diselubungi rasa hiba dan tidak bersedia kerana faktor usia yang masih terlalu muda.

Image from: 'Masa dia lahir, saya rasa tak bersedia…'  – Ammar Ahyan cecah 18 tahun, Aliff Syukri kongsi momen bergelar bapa muda

"Masa Ammar lahir ke dunia ni, saya rasa saya tak bersedia lagi nak jadi abah sebab saya rasa saya terlalu muda.

"Bila dia dah besar macam ni, saya rasa… betul ke saya dah tua dan dia dah umur 18 tahun? Cepat masa berlalu," luahnya jujur.

Melihat anak lelaki pertamanya itu kini sudah melangkah ke alam dewasa, Aliff menzahirkan rasa syukur yang tidak terhingga atas pinjaman rezeki dan peluang yang diberikan untuk membesarkan zuriatnya dengan penuh kasih sayang.

Image from: 'Masa dia lahir, saya rasa tak bersedia…'  – Ammar Ahyan cecah 18 tahun, Aliff Syukri kongsi momen bergelar bapa muda

Bagi Aliff, walaupun masa berputar dengan begitu pantas, setiap detik membesarkan anak-anak adalah fasa paling bermakna dan paling indah dalam hidupnya sebagai seorang lelaki. Beliau juga menitipkan doa setinggi langit agar Ammar berjaya bukan sahaja di dunia, malah di akhirat.

"Cepat masa berlalu, Ammar Ahyan dah besar dah sekarang, moment menjadi abah adalah moment paling terindah.

Image from: 'Masa dia lahir, saya rasa tak bersedia…'  – Ammar Ahyan cecah 18 tahun, Aliff Syukri kongsi momen bergelar bapa muda

"Happy Birthday Ammar Ahyan anak sayang abah, abah doakan Ammar berjaya dunia dan akhirat. Abah dan Mama akan selalu sapport apapun pilihan hidup Ammar Ahyan di masa akan datang.

"Terima kasih dah bagi abah chance untuk menjadi seorang abah untuk Amayan dan adik-adik," tulisnya penuh penghargaan dalam satu hantaran di media sosial miliknya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved