Shila Amzah Terbuka Terima Ayah Tiri Baru

EntertainmentLifestyle
2 Jul 2025 • 3:14 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia fauziah Sarman

Penyanyi popular, Shila Amzah menyatakan dia terbuka dan menyokong sepenuhnya jika ibunya, Fauziah Sarman ingin kembali berumah tangga selepas bercerai dengan ND Lala.

Menurut laporan Media Hiburan, Shila turut mendedahkan bahawa ibunya kini menjadi perhatian ramai lelaki sejak bergelar ibu tunggal.

Ramai juga yang cuba mengorat ibu saya. Saya pun agak terkejut…

“Saya nak ibu bahagia” – Shila Amzah

image is not available

Bagi Shila, dia sebagai anak hanya mahukan kebahagiaan buat ibunya dan tidak kisah jika ada lelaki baharu dalam hidup Fauziah.

Sudah tentu saya terbuka untuk mengenali orang baharu. Saya sentiasa bagitahu ibu yang saya nak dia hidup bahagia.

Shila juga mendedahkan sudah diperkenalkan dengan beberapa individu yang berminat mengenali ibunya dengan lebih rapat.

Imbas kembali kisah rumah tangga Fauziah dan ND Lala

image is not available

Sebagai info, Fauziah dan ND Lala bercerai pada Ogos 2023 selepas lebih tiga dekad bersama. Perceraian mereka menjadi perhatian apabila ND Lala dikatakan berkahwin secara senyap dengan rakan baik Shila sendiri.

Pssttt! Kebahagiaan seseorang tidak sepatutnya diukur dari masa silamnya. Beri ruang dan doa buat mereka yang memilih untuk terus mencari erti bahagia dalam hidup.

Kredit: Media Hiburan
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.