Shiqin Kamal Sudah 11 Tahun Berjubah Hitam Di Pagi Raya - “Bila Ibu Dah Pergi, Mood Raya Pun Tiada”

5 Apr 2025 • 10:50 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon Shiqin Kamal mengakui suasana Aidilfitrinya kini tidak lagi meriah seperti dulu selepas kehilangan ibu tercinta, Khadijah Bee, yang telah pergi pada 18 Julai 2014.

Mood raya tiada lepas ibu 'pergi'

Shiqin atau nama penuhnya, Nur Ashiqin Mohd Kamal, 33, berkata sejak kehilangan ibu tersayang, dia kini menyambut Syawal dengan cara yang lebih sederhana.

“Raya saya setiap tahun sama sahaja, ibu pun dah tak ada. Ibarat seperti bila ibu dah tak ada, sebab untuk kita beraya pun tak ada.

“Biasanya saya akan beraya separuh hari sahaja untuk Syawal pertama. Selepas solat raya, salam raya dan makan kemudian dah buat aktiviti sendiri,” katanya kepada Gempak.

Hanya berjubah hitam di pagi raya

Lebih sayu, pelakon filem Ada Hantu ini turut berkongsi bahawa sudah 11 tahun setiap kali Aidilfitri, dia memilih untuk mengenakan jubah hitam sebagai pakaian tetapnya.

“Dari segi pakaian raya, memang setiap tahun saya akan pakai jubah hitam. Dah 11 tahun berjubah hitam.

“Sebab saya pun tak beraya sangat, melainkan memang dah tahu ada rumah terbuka dan sebagainya baru bersiap pakai baju raya.

“Kalau tidak memang saya hanya berjubah hitam, tak bersolek. Mungkin sebab bila ibu dah tak ada, mood beraya pun tak ada.

“Mungkin kalau dah berkahwin, baru akan ada tujuan beraya tu. Jadi doa-doakanlah saya bertemu jodoh dan ada suami selepas ini supaya tidaklah raya kelak terasa sunyi,” ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved