
Shopee kini telah mengeluarkan notis kepada para penjual, berkenaan tarikh akhir untuk penghantaran barangan mengikut setiap saluran penghantaran, bagi memastikan barang berkenaan diterima pembeli sebelum hari raya Aidilfitri.
Melalui info yang dikeluarkan, untuk penghantaran bagi Sabah dan Sarawak, kebanyakkan perkhidmatan menamatkan penerimaan sebelum 13 Mac 2026. Sementara untuk penghantaran dalam Semenanjung Malaysia, tarikh akhir adalah sebelum 16 Mac 2026.

Langkah ini dikongsikan dalam usaha memudahkan para penjual membuat perancangan promosi dan jualan melalui platform Shopee, sekaligus memastikan para pembeli dapat menerima dan menggunakannya ketika hari Raya kelak.



