Aidilfitri: Sekolah diberi cuti tambahan pada 18 Mac

10 Mar 2026 • 8:12 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
KPM mengumumkan satu hari cuti tambahan pada 18 Mac untuk semua sekolah di Malaysia sempena Hari Raya Aidilfitri. Gambar hiasan

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan satu hari cuti tambahan pada 18 Mac kepada semua sekolah di seluruh negara bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

KPM dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan pemberian cuti tambahan itu bertujuan memberi ruang kepada guru, murid dan ibu bapa membuat persiapan sewajarnya bagi menyambut Aidilfitri dalam suasana yang teratur.

"Langkah ini juga selaras dengan komitmen KPM untuk sentiasa memberi keutamaan kepada aspek kesejahteraan warga pendidikan,” menurut kenyataan itu.

Berdasarkan Kalendar Akademik Sesi 2026, sekolah dalam Kumpulan A melibatkan Kedah, Kelantan dan Terengganu telah diperuntukkan satu hari cuti tambahan pada 19 Mac.

Sekolah dalam Kumpulan B yang merangkumi Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya pula diberikan dua hari cuti tambahan, iaitu 19 dan 20 Mac. - Bernama

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved