ShopeePay Akan Laksana Tempoh Bertenang 12 Jam Untuk Akaun Baharu, Dan Penggunaan Peranti Baharu

TechnologyDigital
19 Dec 2024 • 1:54 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Shopee melalui ShopeePay kini memaklumkan para pengguna, mengatakan perkhidmatan memfokuskan kewangan mereka turut akan mengimplementasikan tempoh bertenang selama 12 jam, lebih kurang seperti perkhidmatan perbankan yang lain.

image is not available

Dengan pelaksanaan ini berkuat-kuasa 31 Disember 2024 kelak, semua pengguna akaun ShopeePay baharu dan juga penggunaan peranti baharu yang log masuk ke akaun ShopeePay, akan tertakluk kepada tempoh bertenang selama 12 jam.

Ketika tempoh bertenang berkenaan, pengguna masih boleh melakukan tambah-nilai ke akaun ShopeePay, menerima dana P2P, disamping melakukan pembayaran berjumlah sehingga RM250 termasuk ketika membeli di Shopee.

Namun, beberapa perkara yang dihadkan selama 12 jam pertama berkenaan adalah untuk DuitNow QR, pemindahan DuitNow lain, mengeluarkan dana ke akaun bank, serta menggunakan ciri ShopeePay AngBao.