“‘Shopping’ Kalah Anak Tan Sri” – ‘Job’ Berlakon Tak Banyak, Netizen Persoal Mana Elfira Loy Dapat ‘Income’

4 Jul 2022 • 3:50 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Menerusi Instagram story baru-baru ini, pelakon Elfira Loy telah menjawab persoalan seorang individu yang bertanyakan tentang gaya hidup mewahnya.

Individu itu dilihat seolah-olah berasa kurang senang dengan kehidupan pelakon yang mempunyai dua cahaya mata itu sehinggakan turut memerli Elfira berbelanja mengalahkan anak Tan Sri.

Soal individu tidak dikenali itu, dia bertanyakan dari manakah sumber kewangan Elfira sedangkan dia sudah lama tidak berlakon malah juga tidak mempunyai sebarang perniagaan.

Macam mana hidup u sangat mewah ek? Nak kata berlakon banyak tak pun. Berniaga pun tak. Income dari mana?”

image is not available

Kata pelakon berusia 28 tahun itu, ia merupakan rezeki yang tak disangka-sangka buatnya dan jawabnya juga, dia memang seorang wanita yang suka bekerja.

Tegasnya, dia merupakan seorang wanita yang menggunakan duitnya sendiri untuk berbelanja dan tidak mengharapkan wang ringgit daripada suami semata-mata.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 21 jam lalu

“Fikir Pakai Otak Pun Tak Logik” - Tak Percaya Teori Bumi Dan Bulan Berputar, Suhaimi Saad Dikritik Netizen