Shopping raya KTC ringan beban keluarga 150 kanak-kanak di Kota Marudu

LocalSales & Promo
12 Mar 2025 • 8:50 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Patimang Abdul Ghani

KOTA MARUDU: Kegembiraan jelas terpancar di wajah 150 kanak-kanak di daerah ini ketika berbelanja untuk Hari Raya Aidilfitri menerusi program anjuran Kim Teck Cheong Consolidated Berhad (KTC) dengan kerjasama Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPMM) Sabah.

Program di salah sebuah pasar raya dekat sini itu dimeriahkan lagi dengan kehadiran Pengarah Eksekutif KTC Datuk Dexter Lau dan isteri Datin Siew Yee, Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri merangkap Ketua Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Datuk Redonah Bahanda dan Pengarah UPPM Negeri Datuk Awang Kadin Tang.

“Ini merupakan kali pertama anak-anak saya berumur tiga dan empat tahun akan memakai baju raya yang baharu sempena hari raya,” kata Wenisah Jainil, 42 tahun.

Mereka sekeluarga termasuk lima anaknya hanya bergantung harap kepada pendapatan tidak menentu suami Wenisah yang bekerja sebagai petani.

Wenisah, asnaf dari Kampung Singgah mata, berkata, terkadang tiga atau empat tahun sekali sahaja dia berbelanja pakaian raya untuk anak-anaknya kerana kekangan kewangan.

“Tiada kata selain rasa syukur dan terima kasih kepada pihak penyumbang iaitu KTC yang dapat memberi kami peluang indah seumpama ini,” katanya sebak.

Ibu tunggal Syahirah Ismail, 31, berasa gembira kerana dengan adanya sumbangan ini, anaknya yang berumur dua tahun akan memakai baju dan kasut baharu di pagi hari raya nanti.

Rohani Abd Majid, 41, dari Kampung Parong pula berkata, walaupun pendapatan suaminya yang hanya bekerja sebagai petani tidak mencukupi, namun anak-anak berpeluang memiliki baju raya yang baru dengan adanya program itu.

Sementara itu, Norazwin Bidin, 35, dari Kampung Bingkongan berkata, memandangkan tiga anaknya berumur bawah 12 tahun, dengan memutuskan membelanjakan wang sumbangan bernilai RM200 untuk seorang itu dengan membeli tiga pasang baju agar ketiga-tiga anaknya berpeluang memiliki pakaian baharu.

Sementara itu, Redonah terharu melihat kegembiraan kanak-kanak dan ibu bapa yang berpeluang merasai sendiri berbelanja dan memilih pakaian raya dengan ada yang pertama kali merasai pengalaman sebegini, katanya.

Beliau amat menghargai usaha Dexter dan isteri yang meletakkan keperihatinan terhadap tanggungjawab sosial seumpama ini sebagai keutamaan khususnya di daerah ini.

Beliau berharap agar usaha dan keperihatinan KTC dapat menjadi contoh kepada lebih ramai golongan korporat untuk tampil membantu golongan kurang bernasib baik khsusunya di Kota Marudu

Menurutnya, beliau sedia memberi kerjasama kepada sebarang program syarikat yang menjurus kepada tanggungjawab sosial seumpama ini, katanya.