Cubaan tipu Jabatan Kerja Raya sebanyak RM46.8 juta

LocalPolitics
9 Mar 2025 • 4:21 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Jo Ann Mool

Kota Kinabalu: Seorang pengurus projek sebuah syarikat didakwa di Mahkamah Khas Rasuah, pada Jumaat, atas tiga pertuduhan mengemukakan dokumen dengan butiran palsu bagi memperdaya Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah supaya meluluskan bayaran berjumlah RM46.8 juta untuk projek infrastruktur di bandar ini.

Victor Voo Chung Sain, 50, yang hadir di hadapan Hakim Jason Juga, mengaku tidak bersalah melakukan kesalahan itu di JKR di sini, antara 30 Dis 2016 dan 24 April 2018.

Pertuduhan menyatakan tertuduh didakwa menyerahkan dokumen kepada JKR Sabah untuk mendapatkan bayaran bagi pembinaan jejambat dan projek lorong ketiga di Kota Kinabalu, khususnya bagi untuk simpang (i) Jalan Lintas/Jalan Kolam dan (ii) Jalan Tuaran Batu 5 1/2).

Dalam pertuduhan pertama, Voo didakwa memasukkan butiran palsu dalam penyata bil bertarikh 30 Disember 2016 – sebagai sebahagian daripada bayaran interim berjumlah RM394,915.56 untuk projek itu.

Voo dalam pertuduhan kedua, didakwa memasukkan butiran palsu dalam penyata bil bertarikh 31 Julai 2017 – dalam bayaran interim berjumlah RM425,293.68.

Dalam pertuduhan ketiga, Voo didakwa memasukkan tandatangan palsu dalam dokumen Ukuran Tapak bertarikh 24 April 2018, dan diserahkan kepada JKR bagi tujuan cuba mendapatkan bayaran jumlah kontrak bernilai RM46,028,504.04.

Setiap pertuduhan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan itu boleh dihukum di bawah Seksyen 468 Kanun yang sama, membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Jason menetapkan 14 April untuk sebutan kes.

Hakim melepaskan tertuduh dengan jaminan RM15,000, berdeposit RM8,000 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan – melapor diri kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dua bulan sekali, menyerahkan pasportnya, dan tidak mengganggu saksi pendakwaan.

Terdahulu, pihak pendakwaan, dalam meminta tarikh sebutan lain, mencadangkan jaminan RM15,000 dengan deposit RM10,000, dengan menyebut semua syarat berkaitan.

Peguambela Voo memohon jaminan rendah, mencadangkan RM2,000 bagi setiap pertuduhan, menyatakan Voo mempunyai rumah tetap di kawasan ini, sudah berkahwin dengan dua anak, dan kini bekerja sebagai jurutera di syarikat lain.

Pendakwaan dijalankan oleh Pegawai Pendakwa SPRM Rekhraj Singh, manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Ram Singh dan Prem Elmer Ganasan.