Shu Shukrii dedah perbualan bekas suami dengan ‘penyondol’, punca minta cerai

Entertainment
26 Jun 2024 • 9:29 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Shu Shukrii dedah perbualan bekas suami, Hafidz Roshdi dengan ‘penyondol’ sehingga dia meminta cerai pada tahun lalu.

Menurut pemilik nama Nurul Shuhada Mat Shukri, pendedahan yang dibuat disebabkan oleh tindakan bekas suami yang memulakan ‘perang’ antara mereka.

image is not available

Shu Shukrii dedah perbualan bekas suami, aib yang lama dipegang

Menurut Shu, dia memegang aib bekas suami dan mempunyai semua bukti. Namun, dia sempat memberi amaran jika pendedahan yang dibuat mungkin boleh mengakibatkan pelakon terbabit dibuang daripada menjayakan pengambaran drama yang bakal berlangsung.

image is not available

Shu Shukrii dedah perbualan bekas suami, sembang lucah dengan penyondol

Dalam posting tersebut, wanita terbabit telah memuat naik tangkapan layar perbualan Hafidz Roshdi dengan seorang wanita yang kini menjadi isterinya dengan menggunakan kata-kata tidak sopan.

Perbualan lucah berkenaan berlangsung sekitar Januari tahun lalu dan lebih mengejutkan ia dihantar sendiri oleh ‘penyondol’ kepada Shu sebagai bukti dia mampu ‘memuaskan’ bekas suaminya.

image is not available

Shu Shukrii dedah perbualan bekas suami, dihantar sendiri penyondol

Tambah Shu lagi, bukti tersebut merupakan punca mengapa dia meminta cerai kerana perbualan lucah berkenaan berlangsung sewaktu dia masih lagi bergelar isteri.

image is not available

Bicara kes tumbuk 3/7/2024 nanti

Shu yang berang dengan tindakan bekas suami turut menyeru orang ramai untuk hadir ke perbicaraan kes jenayah yang dialami susulan ditumbuk oleh lelaki itu sekitar Mac tahun lalu.

“Kepada semua yang berkelapangan pada 3/7/2024, kes jenayah (tumbuk) bicara akan berlangsung di high court KKB, jom sama-sama bawa sepanduk “berani Kerana Benar”” tulisnya.

image is not available

Terdahulu, pempengaruh berkenaan telah meminta Hafidz membayar nafkah anak-anaknya memandangkan selebriti itu culas dalam tanggungjawab tersebut.

Pelakon tersebut yang kini sudah berkahwin dengan wanita dikenali sebagai Athira Yuhada pada Disember tahun lalu difahamkan sudah kembali ke set pengambaran setelah hampir setahun kehilangan tawaran berlakon susulan kontroversi yang melanda.

Sumber: Instagram shushukrii