“Tak perlu kaya untuk sedekah” – Gadis Sebak Mak Cik ‘Cleaner’ Tak Berkira Belanja Sarapan

Entertainment
12 Aug 2024 • 2:55 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Dikelilingi oleh orang baik merupakan salah satu rezeki yang Tuhan beri dan kadangkala, mereka hadir tanpa kita minta.

Satu video oleh @gadistehtarik di TikTok menunjukkan situasi ketika dia sedang menunggu pesanan e-hailing di hadapan rumah untuk pergi ke tempat kerja.

Mak cik cleaner panggil, belanja sarapan

Dia kemudiannya dipanggil oleh seorang mak cik yang bekerja di sekitar itu lalu mereka menuju ke arah sebuah motosikal yang menjual makanan. Tiba-tiba mak cik itu menyuruhnya untuk pilih kuih yang dijual di situ.

Mak cik cleaner ni panggil untuk beli makanan.. mak cik bayar…

Ambillah… saya belanja.. serius, kuihnya pilih.. ambillah.. – mak cik

Bimbang menyusahkan mak cik itu, gadis tersebut hanya mengambil sebungkus kuih, namun mak cik itu turut menghulurkan sebungkus air kepadanya.

“Ada duit lagi ke?”

Selepas membayar, gadis tersebut terus bertanya kepada mak cik itu adakah wangnya masih ada selepas berbelanja.

Ada.. jangan takut.. kalau untuk minum sahaja ada.. – mak cik

Berkali-kali juga gadis tersebut berterima kasih kepada mak cik itu kerana tidak berkira dengannya dan turut mendoakan agar dia dimurahkan rezeki.

Bersyukur sangat bila dikelilingi orang yang baik-baik. Semoga mak cik murah rezeki. Tak perlu kaya untuk bersedekah.

Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen terharu melihat momen tersebut. Masing-masing memberi pendapat tentang sedekah dan turut mendoakan mak cik cleaner itu.

image is not available image is not available

Moga murah rezeki mak cik!

Sumber: TikTok

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.