Shuhaily berdepan hukuman penjara setahun, denda

LocalPolitics
22 Oct 2026 • 6:40 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Shuhaily berdepan hukuman penjara setahun, denda

SEPANG: Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berdepan hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 selepas didakwa atas pertuduhan menyebabkan kecederaan kepada dua anggota polis, semalam.

Bagaimanapun, Mohd. Shuhaily mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan terhadap dua pertuduhan itu di hadapan Majistret Khairatul Animah Jelani.

Berdasarkan pertuduhan pertama, Mohd. Shuhaily, 54, didakwa dengan sengaja telah menyebabkan kecederaan kepada Mohamad Faiz Saman di antara pukul 1.27 tengah hari hingga 1.35 tengah hari berhampiran Kaunter J, Aras 5, Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 28 September 2026.

Bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa dengan sengaja telah menyebabkan kecederaan kepada Muhammad Ekmal Sofwan Dirman di lokasi dan masa yang sama.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Selepas mendengar permohonan kedua-dua pihak, mahkamah membenarkan Mohd. Shuhaily diikat jamin RM1,500 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan dan menetapkan 25 November ini bagi tarikh sebutan semula kes serta serahan dokumen.

Pendakwaan kes dibarisi Timbalan Pendakwa Raya Shahrizat Ismail, Datuk Ahmad Sazali Omar, Shahrizat Ismail, Nor Azizah Aling dan Nur Aqiilah Ahmad Rofaie.

Mohd. Shuhaily pula diwakili peguam Datuk Rosal Azimin Ahmad, Datuk Yaacob Md. Sam, Datuk Dr. Baljit Singh Sidhu, Datuk Akberdin Abdul Kader, Datuk Ahmad Zaidi Zainal, Md. Yunos Shariff, Muhammad Rafique Rashid Ali dan Kitson Foong.

Pendakwaan mencadangkan Mohd. Shuhaily dikenakan ikat jamin RM5,000 bagi setiap pertuduhan serta tidak mengganggu mangsa manakala Kitson dalam rayuan meminta anak guamnya diberikan jaminan RM1,000 bagi setiap pertuduhan.

Mahkamah turut mengarahkan Mohd. Shuhaily untuk hadir ke setiap perbicaraan kes berkenaan.

Dalam pada itu, sumber Kementerian Dalam Negeri (KDN)berkata, Mohd. Shuhaily masih menjalankan tugas seperti biasa walaupun berdepan dua pertuduhan itu.

Sementara itu, Mohd. Shuhaily menyerahkan kepada mahkamah untuk menjalankan proses perundangan.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada ma­syarakat daripada pelbagai lapisan yang memberikan soko­ngan kepadanya. – UTUSAN

The post Shuhaily berdepan hukuman penjara setahun, denda appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved