Shuhaily Masih Ketua Pengarah AKPS, PDRM Belum Terima Arahan Lanjut - KPN

LocalPolitics
14 Nov 2026 • 7:06 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Shuhaily Masih Ketua Pengarah AKPS, PDRM Belum Terima Arahan Lanjut - KPN

MELAKA, 14 Nov (Bernama) -- Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain masih menjalankan tugas seperti biasa susulan tiada sebarang arahan lanjut berhubung kedudukannya.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Khalid Ismail berkata sehingga kini pihaknya masih belum menerima sebarang arahan lanjut sama ada Mohd Shuhaily akan dikembalikan semula ke pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Seperti yang telah saya jelaskan sebelum ini, Datuk Seri Shuhaily adalah seorang pegawai polis yang menjalani kontrak selama dua tahun sebagai Ketua Pengarah AKPS.

"Pelantikan beliau dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong. Jadi saya menunggu arahan lanjut sekiranya beliau dikembalikan kepada PDRM untuk tindakan seterusnya. Setakat ini belum ada lagi apa-apa arahan," katanya.

Baca juga:

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melakuan lawatan di Pusat Mengundi di Sekolah Kebangsaan Tun Syed Ahmad Shahabudin di Ayer Keroh, di sini hari ini.

Terdahulu, media melaporkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pihaknya masih belum memutuskan pelantikan Ketua Pengarah baharu AKPS bagi menggantikan Mohd Shuhaily.

Beliau dilaporkan berkata pihaknya memberi jaminan operasi AKPS tetap berjalan seperti biasa dan tidak terjejas susulan keputusan mengembalikan Mohd Shuhaily ke pasukan asalnya, PDRM.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved