Shuib Akui Nikahi Watie Demi Tunaikan Hasrat Siti Sarah – “Arwah Nak Saya Besarkan Anak-Anak Dengan Baik”

Family & Parenting
10 May 2023 • 2:45 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelawak dan penyampai radio, Shuib mengakui hubungan pertunangan yang dikat bersama usahawan, Watie Hanifiah adalah demi kebaikan anak-anak.

Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhammad berkata dia lebih memilih untuk terus membujang namun meletekkan anak-anak sebagai keutamaan.

Bukan itu sahaja, pelawak berusia 39 tahun itu memaklumkan perkahwinan terbaharunya itu juga sebagai menunaikan hasrat arwah isterinya, Siti Sarah untuk menjaga anak-anak dengan baik.

Kalau saya pilih diri sendiri, saya rasa saya akan terus membujang. Kalau saya pilih diri sendirilah.

Menurutnya lagi, sebagai seorang bapa dia mengakui bukan mudah untuk membesarkan tiga orang anak yang masih kecil.

Kalau ada kawan tanya kenapa kahwin lagi mungkin bujang lagi senang, tapi saya ingat pesan arwah.

Arwah nak saya besarkan anak-anak dengan cara paling baik, saya perlu ada orang bersama saya. Saya sedar diri kemampuan saya.

Dalam pada itu, Shuib memaklumkan keputusan untuk berkahwin lagi telah dibincangkan dan mendapat persetujuan daripada anak-anak.

Saya bincang dengan anak-anak. Uwais yang paling tua, jadi dia yang terakhir bagi persetujuan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 20 jam lalu

"Kau Sendiri Buka Pekung Sebagai Suami 'Useless'!" - Dakwa Shuhada Sengaja Gugurkan Kandungan, Netizen Kritik Hafidz Roshdi