Shuib bengang dituduh menunggang isu arwah isteri

LocalEntertainment
23 Oct 2024 • 2:59 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Dol’s Podcast yang dikendalikan oleh Shuib, Fizie dan Mamat sering menjadi tumpuan ramai dengan kandungan yang dimuat naik.

Bagaimanapun kandungan yang memaparkan temu bual bersama bekas banduan yang melakukan jenayah mengundang rasa tidak selesa netizen.

Walaupun sudah dibebaskan, netizen menyifatkan temu bual berkenaan seolah tidak menjaga sensitiviti keluarga mangsa pembunuhan.

Namun, jika kritikan tersebut hanya tertuju pada temu bual berkenaan, tidak dilihat menjadi masalah. Tetapi ada yang turut melampaui batas apabila ada yang mengatakan tindakan Shuib seperti menunggang isu serta mengaitkan dengan bekas isterinya, Siti Sarah.

“Pagi-pagi mata jadi cerah bila nampak posting macam ni. Kalau saya posting tentang arwah isteri saya, tu dikira menunggang ya bagi awak?

“Saya memang tak boleh bercakap tentang arwah isteri saya ke?” soal Shuib.

Menerusi ruangan komen di Instagram milik Shuib, wanita berkenaan dilihat sudah memohon maaf atas tindakannya.

image is not available