Isu Jemput Abah Hayat Jadi Tetamu Podcast, Shuib Bengang Dituduh ‘Tunggang’ Arwah Isteri

Entertainment
23 Oct 2024 • 1:27 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pengendali audio siar, Dol’s Podcast iaitu Shuib bersama Fizie dan Mamat telah mengundang kritikan orang ramai kerana menjemput bekas banduan kes pembunuhan kerat lapan, Khairul Anuar Zakaria atau lebih dikenali sebagai Abah Hayat.

Ramai netizen mempertikai tindakan Shuib dan rakan-rakan menjemput individu berkenaan sebagai tetamu podcast mereka kerana berpendapat seolah-olah mereka tidak menjaga sensitiviti terhadap keluarga mangsa.

Pun begitu, netizen yang melemparkan kecaman dan kritikan juga dilihat telah melampaui batas apabila mengaitkannya dengan arwah isteri Shuib.

image is not available

Lantaran itu, Shuib meluahkan rasa bengang terhadap seorang individu yang mengatakan dia menunggang isu arwah isterinya Siti Sarah dan kini menunggang isu bekas banduan terbabit.

“Apa maksud awak? Kalau saya posting tentang arwah isteri saya itu di kira ‘menunggang’ arwah bagi awak?

“Maaf nak tanya awak, saya memang tak boleh bercakap tentang arwah isteri saya ya bagi awak?

“Bila saya bercakap pasal isteri saya itu di kira ‘menunggang’ arwah isteri saya ke!!!!!! Jawab soalan saya!!!!!!” soal Shuib.

Individu minta maaf, tapi Shuib nak saman

Tidak berapa lama kemudian, individu terbabit telah membuat permohonan maaf dan mengaku kesalahannya.

image is not available

Bagaimanapun, Shuib dilihat mahu meneruskan tindakan terhadap individu terbabit sebagai pengajaran.

image is not available image is not available

Kalau nak kritik tu, kritik dengan cara berhemah. Janganlah sampai melibatkan orang yang tidak sepatutnya…

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.