Shuib Didakwa Tunai Haji Guna Duit Pekerja, Watie Tampil Perjelas Hal Sebenar - “Dia Bertahun Tak Ambil Gaji…”

14 Nov 2024 • 4:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Nama pelawak dan usahawan Shuib, kembali menjadi perbualan netizen selepas isu denda RM17,500 kerana tidak membayar caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) untuk pekerja.

Watie bersuara

Susulan pelbagai fitnah yang dilemparkan, isteri kepada pelawak tersebut iaitu Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanafiah tampil mempertahankan Shuib.

Menerusi hantaran di Instagram, Watie memaklumkan bahawa suaminya telah berkorban mengeluarkan wang sendiri untuk menampung gaji pekerja.

“Dia bertahun tak ambil gaji. Setiap bulan ‘top up’ duit poket sendiri lagi untuk bayar gaji staf,” tulisnya.

Dalam pada itu, menerusi hantaran yang sama Watie turut memaklumkan bahawa punca berlakunya masalah tersebut adalah kerana pengurusan terdahulu.

“Pengurusan lama yang bermasalah, tapi hujung-hujung dia yang difitnah begini.

“Semoga suamiku diberi ketabahan, insyaAllah dia tahu halal dan haram.

Maaflah, isterinya emosi sedikit kali ini,” jelasnya.

 

Terdahulu, Shuib meluahkan rasa kesal apabila seorang warganet mendakwa dia menggunakan duit caruman perkerja untuk menunaikan umrah.

Difahamkan komen tersebut berkait dengan laporan berita tentang syarikat perniagaan milik Shuib, yang dikenakan tindakan denda tersebut oleh Mahkamah Majistret Shah Alam berikutan tujuh pertuduhan termasuk tunggakan caruman PERKESO tahun lalu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved