
Shuib Kongsi Detik Gembira, Watie Selamat Bersalin Anak Perempuan
Pelawak dan usahawan, Shuib berkongsi detik gembira apabila isterinya, Watie Hanifiah telah selamat melahirkan bayi perempuan, hari ini.
Menerusi hantaran Shuib Sepahtu di Instagram, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 42 memaklumkan isterinya selamat melahirkan seorang bayi mereka kira-kira jam 3.47 petang tadi.
“Alhamdulillah tepat pukul 3.47 petang lahirnya puteri daddy dan mummy. Terima kasih sayang (Watie) jadi seorang wanita yang sangat luar biasa
“Alhamdulillah semunya cukup senang dan dipermudahkan. Perancangan Allah luar biasa, kita reda, tawakal dan bersyukur selalu. Terima kasih yang mendoakan kami sekeluarga," ujar beliau itu lagi.
Menjengah ke ruangan komen, warga maya turut mengucapkan tahniah di atas kelahiran cahaya mata sulung mereka.
Baca juga:
