Guru Kongsi Kejayaan Anak-Anak SPM, Subjek Hifz al-Quran Raih GPMP 0.00

1 Apr 2026 • 1:56 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Guru Kongsi Kejayaan Anak-Anak SPM, Subjek Hifz al-Quran Raih GPMP 0.00

31 Mac 2026, menjadi detik yang cukup bermakna dan penuh emosi bagi calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) apabila keputusan yang dinanti akhirnya diumumkan.

Mana tidaknya, segala pengorbanan dan usaha keras selama ini akhirnya tertulis pada sehelai kertas.

Penantian yang terasa panjang dengan segala usaha, pengorbanan dan cabaran sepanjang tempoh belajar kini terjawab apabila masing-masing menerima keputusan sendiri.

Di sebalik keputusan itu, tersimpan pelbagai kisah yang menyentuh hati.

Ada yang menangis kegembiraan, ada yang tersenyum lega, malah suasana di sekolah-sekolah cukup meriah dengan pelukan kasih sayang antara anak, ibu bapa, dan guru sama-sama meraikan detik penting ini.

GPMP Hifz al-Quran Catat 0.00

Momen-momen ini turut dikongsikan oleh seorang guru menerusi Instagram Redza_Amer apabila Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Batang Pandan meraih Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) bagi subjek Hifz al-Quran merekodkan kejayaan luar biasa, iaitu semua A (0.00).

image is not available

"Alhamdulillah syukur..tahniah buat anak2 SPM batch 2025.." kongsinya dalam hantaran berkenaan.

image is not available

Kejayaan SPM 2025 sekolah berkenaan tidak terhenti di situ apabila mata pelajaran Maharat al-Quran turut meraih GPMP 1.74.

Pencapaian keseluruhan SPM 2025 Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Batang Pandan

image is not available

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya tumpang gembira dan dibanjiri ucapan tahniah di atas kejayaan berkenaan.

"Tahniah ustaz dan para pelajar," komen seorang pengguna.

"MashaAllah hebatnya," komen seorang lagi.

"MashaAllah Tabarakallah," komen seorang pengguna.