Shuk Sahar bengang ibu bapa ‘dipetik’ isteri, tunjuk bukti tiap bulan masukkan duit

EntertainmentFamily & Parenting
8 Jul 2025 • 4:52 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelawak sensasi, Shuk Sahar bengang apabila ibu bapanya menjadi mangsa ‘amukan’ isteri, Fara Salleh susulan tindak menjenguk anak mereka yang baru sahaja dilahirkan susulan masalah rumah tangga yang dihadapi mereka.

Shuk Sahar bengang Fara kaitkan ibu bapanya

Susulan daripada dakwaan Fara Salleh berkenaan dirinya sehingga ‘memetik’ nama ibu bapa di media sosial, pelawak itu dilihat memberi respon dengan meminta wanita terbabit tidak mengaitkan orang tuanya dalam permasalahan mereka.

“Kau petik nama aku tak ada hal. Kau jangan berani petik nama mak bapak aku. Kau usik family aku, kau boleh tengok macam mana aku,” tulisnya di Insta Story.

image is not available

Shuk Sahar bengang, tunjuk bukti transfer duit tiap bulan

Shuk atau nama sebenarnya, Mohamad Shukri Mohamed Sahar turut menyertakan beberapa tangkapan layar bukti bahawa dia setiap bulan memasukan sejumlah wang ke akaun isterinya serta duit untuk urusan bersalin wanita itu.

Ia sepertinya menjawab tuduhan yang dilemparkan Fara Salleh dimana mendakwa pelawak terbabit tidak mengeluarkan sebarang wang sepanjang kehamilannya.

image is not available

Dia diam sebab enggan layan drama

Susulan daripada itu, Shuk memberi amaran kepada isterinya untuk tidak terus mengaitkan nama ibu bapa dalam permasalahan mereka jika dia enggan melihat akibat daripada perbuatan tersebut.

Jelas Shuk, tindakan dia mendiamkan diri bukan kerana takut tetap enggan melayan drama yang dicipta wanita itu.

“Aku diam bukan sebab aku takut. Aku malas layan drama buka aib kau. Jangan sampai aku main gila ikut cara kau!” tegasnya.

image is not available

Sebelum ini, Fara Salleh telah membuat pengumuman di Instagram bahawa dia selamat melahirkan cahaya mata perempuan seberat 2.1 kilogram pada 26 Jun 2025.

Bayi tersebut diberi nama Elaine Nada dan mendedahkan dirinya bertarung nyawa sendiri memandangkan tidak ditemani seorang lelaki bergelar suami sewaktu detik bermakna tersebut.

Sumber: Instagram Shuk Sahar