“Anak kau mana?” – Kongsi Selamat Bersalin Tanpa Suami Di Sisi, Fara Salleh Tinggal Pesanan Untuk Ibu Bapa Shuk Sahar

Entertainment
8 Jul 2025 • 4:54 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Isteri kepada pelawak, Shuk Sahar iaitu Fara Salleh memaklumkan bahawa dia telah selamat melahirkan cahaya mata pada tanggal 26 Jun lalu.

Berkongsi berita itu di akaun Instagram miliknya, Fara memberitahu bayi perempuannya yang seberat 2.1 kilogram itu diberi nama Elaine Nada.

Dia turut berkongsi pengalaman sukar sewaktu proses kelahiran selama tiga hari. Katanya, dia kagum dengan dirinya yang mampu bertahan difasa hamil dan bersalin tanpa kehadiran seorang suami.

“Alhamdulillah Elaine Nada nama seindah orangnya. Alhamdulillah aku dan Elaine Nada berjaya lalui fasa mengandung, melahirkan anak seorang tanpa ada bayang seorang lelaki.

“Tiger (kucing) pergi betul betul 2 hari selepas aku bersalin binatang pun faham sanggup teman aku sampai aku selamat melahirkan,” katanya.

Fara turut memohon doa daripada semua agar anaknya membesar dengan sihat dan sempurna.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fara Salleh (@f.zzatys)

Beri pesanan buat mentua

Sementara itu, Fara juga sempat meninggalkan pesanan buat ibu bapa Shuk Sahar dengan bertanya jika mereka berhasrat untuk melihat cucu mereka.

“Tak datang tengok ke? Anak kau mana Encik Sahar? Dia tak nak tengok ke?

“Cakap dekat anak kau, tak payah risau bab barang anak semua, aku uruskan.

“Tak ada satu pun dia uruskan. Aku bersalin pun sendiri jangan risau tak ada benda yang aku nak susahkan anak kau En Sahar,” tulisnya.

image is not available image is not available

Selain itu, dia juga berpesan supaya mentuanya mengingatkan anak mereka untuk hadir ke mahkamah untuk menyelesaikan segala urusan dan permasalahan antara dirinya dengan Shuk.

Untuk rekod, Shuk mendirikan rumah tangga denga Fara pada November 2023. Bagaimanapun, Shuk didakwa melafazkan cerai talak satu terhadap Fara melalui panggilan telefon.

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.