
Pelawak dan pengacara, Shuk Sahar tampil membuat penjelasan mengenai dakwaan bekas kekasihnya, Fara Salleh yang menuduh dirinya menyimpan dokumen penting berkaitan masalah jantung wanita itu.
Menurut laporan mStar, Shuk meminta pembantu rumahnya memeriksa seluruh kawasan rumah termasuk keretanya, bagi memastikan tiada dokumen seperti yang didakwa disimpan olehnya.
Kak saya cuma nak tanya, akak dah cari seluruh rumah ini ada tak dokumen jantung? Sebab nanti orang ingat saya simpan dokumen jantung itu.
“Saya jumpa dokumen bayi je” – Pembantu rumah

Dalam video yang dimuat naik, pembantu rumah Shuk turut memberi penjelasan dan menafikan adanya dokumen berkaitan jantung ditinggalkan oleh Fara.
Saya jumpa dokumen bayi sahaja. Lagipun dia (Fara) kemas sendiri dengan pertolongan saya. Tak ada apa yang tinggal, hanya baju dobi.
Shuk berkata dia tidak mahu terus dituduh menyembunyikan dokumen sehingga sanggup melibatkan orang rumah dalam pencarian tersebut.
Fara Salleh tuduh Shuk Sahar cuba menyusahkan urusan bersalin

Sebelum ini, Fara mendakwa dokumen diagnosis jantung miliknya masih berada dalam simpanan Shuk dan menuduh pelawak itu sengaja menyukarkan proses bersalin anak pertamanya.
Isu tersebut sekali lagi mencuri perhatian netizen yang sudah sedia maklum akan hubungan penuh kontroversi antara Shuk dan Fara.
Pssttt! Dalam apa jua konflik, jangan libatkan orang lain tanpa bukti kukuh. Kalau kita di pihak benar, berani tampil beri penjelasan tapi biarlah dengan matang, bukan drama semata.
Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
The post
appeared first on
.


