Suami Isteri Didakwa Campur Susu Anak Dengan Dad*h, Minta Kurangkan Denda Sebab Tiada Kerja Tetap

Entertainment
28 Feb 2024 • 2:17 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Hari ini, sepasang suami isteri didakwa atas tuduhan membuat penganiayaan terhadap anak lelaki mereka dengan memberi susu bercampur bahan terlarang iaitu dadah jenis Methamphetamine, kejadian tersebut difahamkan berlaku pada 19 Februari yang lalu.

image is not available

Ibu mengaku bersalah letak dadah dalam susu anak

Selesai pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh, si ibu, Nabila Huda Fadli, 34, mengaku bersalah manakala suaminya, Sofian Mustapa Zain, 40, mengaku tidak bersalah. Kesalahan ini telah menyebabkan anak mereka yang berada dalam jagaan neneknya pada ketika itu tidak berhenti menangis, terlalu aktif sehingga sukar dikawal.

Bayi lelaki itu telah mengalami allegedsympathomimetic drug ingestion dan pendakwaan mengikut Seksyen 31 (1)(a), Akta Kanak-Kanak 2001 bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya.

Mohon kurangkan denda

Pihak pendakwaan telah menawarkan jaminan RM15,000 bagi setiap seorang daripada mereka. Selain syarat tambahan lain, mereka juga perlu melaporakn diri di balai polis berhampiran sebulan sekali dan tidak mengganggu saksi kes.

Walau bagaimanapun, kedua-dua mereka memohon untuk dikurangkan jumlah jaminan. Nabila Huda beralasan tidak bekerja dan perlu menjaga ibu dan tiga anaknya manakala Sofian pula tidak bekerja tetap serta perlu menanggung keluarga yang lain.

Susulan itu, mahkamah telah membenarkan pasangan tersebut diikat jamin RM5,000 seorang termasuklah syarat tambahan yang ditetapkan oleh pihak pendakwaan.

Untuk rekod, pada 19 Februari seorang bayi telah diberi susu yang dicampur dadah milik bapanya di sebuah flat di Taman Medan. Ibu bayi tersebut mengaku tersilap membancuh susu untuk anaknya menggunakan air syabu milik Sofian.

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.