Shukri Yahaya Mohon Maaf Isu Jari Tengah, Minta Jangan Libatkan Dengan Penampilan Isteri

LocalEntertainment
19 Aug 2026 • 10:39 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Pelakon, Shukri Yahaya memohon maaf susulan foto dirinya menunjukkan aksi jari tengah yang tular di media sosial baru-baru ini.

Menurut laporan Kosmo, Shukri berkata tindakan tersebut dilakukan secara spontan ketika merakam momen bersama rakan-rakan di sebuah acara.

Sedikit nakallah. Sebenarnya foto tersebut diambil ketika bertemu dengan kawan-kawan rapat yang sudah lama tak jumpa dan saya sendiri okey bila Andy Teh mahu muat naik dalam media sosial.

Kemudian ada pula seorang hamba Allah yang cuba mencetuskan isu daripada foto tersebut dan disebabkan itu, saya ambil tindakan pantas dengan minta Andy memadamnya sebab orang tidak suka.

Jadi, saya minta maaf dan akui itu kesalahan sendiri.

Shukri Yahaya persoal kenapa isu diperbesarkan

Shukri Yahaya

Bagaimanapun, Shukri mempersoalkan tindakan segelintir pihak yang menurutnya cuba membesar-besarkan foto berkenaan.

Katanya, foto tersebut pada asalnya dikongsi dalam kalangan rakan-rakannya dan menerusi akaun media sosial yang majoritinya diikuti golongan dewasa.

Jadi, kenapa benda ini harus dibesarkan segelintir pihak yang katanya bimbang anak-anak akan terikut-ikut.

Tak mahu kaitkan dengan isteri

tya adnan

Dalam masa sama, Shukri kesal apabila isu tersebut turut dikaitkan dengan penampilan isterinya, Tya Adnan yang kini sudah berpurdah.

Kenapa nak libatkan dengan penampilan isteri sedangkan saya sendiri tidak pernah campur aduk hal peribadi dengan kerjaya atau semua yang berlaku dalam media sosial.

Shukri sekali lagi memohon maaf kepada pihak yang terasa dengan tindakannya dan menjelaskan bahawa foto berkenaan sudah dipadam selepas menerima teguran.

Nota Oh! Media:
Apa yang dikongsi di media sosial boleh tersebar dengan pantas dan mudah disalah tafsir. Jadi, fikir dahulu sebelum memuat naik sesuatu kerana satu aksi kecil pun boleh menjadi isu besar apabila sudah tular.

Sumber: Kosmo
Ikuti Perbincangan: Whatsapp, Facebook, Threads dan Instagram.

The post Shukri Yahaya Mohon Maaf Isu Jari Tengah, Minta Jangan Libatkan Dengan Penampilan Isteri appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved