Pelakon Shukri Yahaya tampil mengakui kesilapannya selepas sekeping gambar yang memperlihatkan dirinya menunjukkan jari tengah bersama beberapa rakan menjadi perhatian dan mengundang kritikan di media sosial.
Menurut Shukri, gambar berkenaan dirakam ketika dia bertemu semula dengan rakan-rakan rapat yang sudah lama tidak berjumpa selepas mereka terlibat dalam sebuah projek yang sama.
AdvertisementView this post on Instagram
Shukri berkata demikian ketika ditemui pada malam gala filem CHELOT yang berlangsung di GSC Cinema, IOI City Mall, Putrajaya, pada Selasa.
Shukri Yahaya Akui Kesalahan, Mohon Maaf
Bagaimanapun, pelakon itu mengakui tindakannya merupakan satu kesalahan dan memohon maaf kepada mana-mana pihak yang tersinggung dengan gambar tersebut.
“Itu memang kesalahan saya. Saya akui itu kesalahan saya, saya minta maaf. Media sosial saya ini, saya percaya followers saya adalah orang yang sudah besar dan boleh berfikir mana satu baik dan mana satu buruk.”
Dalam masa sama, Shukri turut menyuarakan pandangannya mengenai kebimbangan sesetengah pihak bahawa perbuatan tersebut mungkin ditiru oleh kanak-kanak.
“Maknanya bukan budak-budak, sebab budak-budak tak boleh main media sosial kan? Jadi kenapa benda ini harus dibesarkan seperti kata, ‘oh takut anak-anak terikut’?
“Sedangkan kita yang dewasa ini sepatutnya tidak membenarkan kanak-kanak menggunakan media sosial sebab mereka masih kecil,” ujarnya.
Menurutnya, ibu bapa juga mempunyai tanggungjawab untuk memantau kandungan yang ditonton anak-anak di media sosial.
Minta Tya Adnan Tidak Dikaitkan
Dalam pada itu, Shukri berharap isterinya, Tya Adnan, tidak diheret sama dalam kontroversi tersebut selepas ada netizen mengaitkan imej muslimah isterinya dengan tindakannya.
View this post on Instagram
Shukri menegaskan bahawa isterinya tidak mempunyai kaitan dengan gambar berkenaan dan perkara itu berlaku dalam kalangan rakan-rakannya.
“Saya tak pernah campur adukkan kehidupan peribadi dengan kerja atau media sosial. Macam saya cakap, itu adalah posting kawan-kawan. Yes, saya salah dan saya pun tak ambil serius bila kawan itu nak post.”
“Dia kata, ‘Eh bro, aku post eh?’ Saya jawab, ‘Post je lah.’ Jadi saya anggap benda itu macam… tak apalah, kawan-kawan. Tak ada apa pun yang orang kata boleh merosakkan akhlak orang.
“Daripada merisaukan akhlak budak-budak kecil, anak-anak itu, baik risaukan apa yang mereka tonton dan main. Ibu bapa perlulah mengawal penggunaan media sosial anak-anak,” katanya.
Padam Gambar Selepas Jadi Perhatian
Shukri berkata dia sudah mengambil tindakan dengan segera memadam gambar berkenaan selepas menyedari ia mula menjadi perhatian ramai.
“Saya dah melakukan apa yang patut dan bagi feedback yang cepat, benda ini salah, saya padam’. Tapi dia (netizen) tetap teruskan.”
Meskipun isu itu terus diperkatakan, Shukri berkata dia menerima kritikan tersebut dan sekali lagi memohon maaf kepada pihak yang terasa.
“Okeylah, saya okey saja. Untuk mana-mana yang terasa, saya minta maaf. Itu kesalahan saya dan anggap sajalah itu AI. Andy Teh pun dah buat AI jadikan saya buat ‘peace’,” ujarnya.
Shukri dalam masa sama berharap isu tersebut tidak terus dikaitkan dengan ahli keluarganya memandangkan dia sendiri sudah mengakui kesalahan dan mengambil tindakan memadam hantaran berkenaan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Syed Saddiq Umum Nikahi Bella Astillah Pada 10 Oktober 2026, Teka-Teki Akhirnya Terjawab
The post “Saya Minta Maaf..” – Shukri Yahya Akui Kesilapan, Minta Netizen Jangan Kaitkan Isteri first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






