Shuttle Khas SRT Thailand Masuk Stesen Padang Besar Mulai 15 Julai, Laluan Padang Besar-Hatyai

13 Jul 2022 • 11:31 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Perkhidmatan Tren Shuttle Khas SRT (Thailand) dijangka bakal memasuki Stesen Padang Besar Pada 15 Julai ini dan akan beroperasi bagi laluan Padang Besar – Hatyai.

Difahamkan, perkhidmatan tren untuk masuk ke Thailand dari Padang Besar, Perlis telah dihentikan seketika sejak dua tahun yang lalu ekoran pandemik yang melanda dunia tempoh hari.

Kini, Kereta Api Tanah Melayu (KTMB) menerusi laman Twitter miliknya memaklumkan bahawa perkhidmatan itu akan dibuka semula kepada orang awam sama ada dari Thailand mahupun Malaysia bermula 15 Julai 2022 ini.

Oleh itu, kepada mereka yang telah merancang untuk melakukan penjelajahan ke Thailand sudah boleh menggunakan perkhidmatan tersebut bermula Jumaat ini.

Sumber: KTMB