Tren Shuttle Padang Besar Ke Hatyai Akan Dibuka Semula 15 Julai, Korang Boleh Ikut Step Ini!

12 Jul 2022 • 4:26 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Selepas dua tahun sekatan dibuat akibat COVID-19, sekarang ini semakin banyak negara yang dah buka sempadan dan tempat serta servis yang dah mula beroperasi macam biasa.

Malah baru-baru ini, KTMB telah mengumumkan bahawa perkhidmatan Tren Shuttle dari Padang Besar ke Hatyai akan dibuka semula bermula 15 Julai ini! Bestnyaaa

Untuk pengetahuan korang, tren ini akan membuat dua perjalanan dalam sehari iaitu pada pukul 9 pagi dan 3 petang. Yang paling penting, tiket tren ini hanya 50THB (RM6) sahaja untuk perjalanan sehala!

Tapi, korang tahu tak macam mana nak beli tiket tu? Jom admin kongsikan beberapa step yang korang boleh ikut untuk beli tiket tren ke sana!

 

Step 1: korang boleh search Dticket Railway untuk pembelian tiket

image is not available

Step 2: Korang pilih laluan tren Padang Besar ke Hat Yai. Make sure korang pilih untuk tarikh 15 Julai ke atas ye!

image is not available

Step 3: Pilih tren dan waktu perjalanan yang korang plan

image is not available

Step 4: Daftar dan log masuk untuk pembelian tiket. Pastikan korang isi details dengan betul ye!

image is not available

Step 5: Pilih seat yang korang nak duduk. Untuk pengetahuan korang, tren ini ada dua koc dan paling menarik, tren ini hanya ada kipas sahaja. Bolehlah fefeeling zaman 90an gitu heheheh…

image is not available

Step 6: Buat payment dan korang dah boleh pack barang untuk ke Hat Yai!

image is not available

Just nak ingatkan korang yang tren ini tidak bersambung dengan KTMB dan korang perlu ke Padang Besar terlebih dahulu untuk proses imigrasi dan tukaran tren baru ke Hat Yai. Jadi korang rancanglah perjalanan dengan baik ye!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.