“Si abang tu tahan sebak” – [VIDEO] Abang Sulung Sambung Belajar, Netizen Sebak Tengok 2 Beradik Menangis

Entertainment
25 Sep 2023 • 5:53 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Nak melihat keakraban antara adik beradik ini adalah ketika masing-masing dah dewasa, jarang sekali kita nak tengok adik beradik sangat rapat sewaktu kecil, sebab biasanya masa itu mereka tengah ‘panas’.

Ada yang sampai tak bertegur sapa dan ada juga yang sampai bergaduh, tetapi lain pula dengan anak-anak kepada Huda Raisya.

Difahamkan, si abang sulung bakal melanjutkan pelajarannya ke Politeknik Dungun dan dilihat kedua-dua adiknya menangis sambil memeluk abang sulung mereka.

Mereka berpelukan sambil si abang memujuk kepada adik-adiknya itu bahawa dia segera akan pulang apabila tiba waktu cuti nanti.

@raisyaraniaa

3 beradik ni masing rapat…Bila abg masuk blajar mulalah terasa..terasa jauh berpisah dr Shah Alam ke Politeknik Dungun

♬ bunyi asal – nostalgia lagu lama&baru – nostalgia lagu lama&baru

Video tersebut telah meraih lebih sejuta jumlah tontonan, rata-rata netizen rasa sebak dan memuji bahawa mungkin si abang ini seorang abang yang baik. Bahkan ada juga yang memuji ibu bapa mereka yang pandai mendidik anak.

Dalam pada itu, ada antara netizen yang dapat rasa bahawa si abang itu sedang menahan sebak untuk berpisah dengan adik beradiknya.

image is not available image is not available image is not available

Min bila tengok rasa jealous campur sebak, sebab kalau min masa umur diaorang, masing-masing bergaduh je kerja.

Sumber : TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.