"Si*l" - Syafiqah Aina Carut Siapa?

3 Dec 2024 • 9:48 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Usahawan dan pempengaruh terkenal Syafiqah Aina mencuri perhatian ramai apabila menghamburkan kata-kata kasar di platform media sosialnya baru-baru ini.

Dalam hantaran di platform media sosialnya, Aina dilihat seakan-akan tidak berpuas hati dan berang dengan tindakan segelintir individu yang bersikap prejudis dan mendiskriminasi golongan wanita.

"Si*l," demikian ringkas kata-kata Aina terhadap golongan warganet yang mengecam wanita muda yang mengalami masalah kulit muka yang teruk.

Aina yang baru melancarkan kempen Bebas J (yang merujuk kepada jerawat) berganding dengan pempengaruh popular Nursyamimi Nawawi melancarkan manifesto untuk mengubah masa depan wanita-wanita muda ini.

Kata Aina, menjadi tanggungjawabnya untuk mendengar dan menyelamatkan wanita yang dicemuh hanya kerana tidak berpenampilan menarik.

"Jerawat tu tak menyakitkan, tapi kata kata orang yang menyakitkan. Saya akan “bebasJ” kan mereka. Dengan izin Allah. Saya akan gunakan pengalaman yang ada untuk membantu," tambah Aina yang pernah berdepan situasi sama sebelum ini.