“Si pelaku bebas di luar” – Anak Jadi Mangsa Liwat Ustaz 2 Tahun Lepas, Ibu Tuntut Keadilan

Entertainment
4 Jul 2023 • 2:26 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Luluh hati seorang ibu melihat impian anaknya ingin menjadi seorang hafiz tidak kesampaian akibat perbuatan keji seorang ustaz.

Ibu kepada pelajar yang menjadi mangsa liwat seorang ustaz di sebuah tahfiz di Pulau Pinang meluahkan rasa kecewa apabila kes itu dipandang sepi dan sudah lebih dua tahun menanti keadilan.

Si pelaku pula difahamkan masih bebas di luar setelah diikat jamin dan perjalanan kes sering ditangguh tanpa alasan munasabah.

image is not available

Tuntut keadilan anak

Pengguna Facebook yang dikenali sebagai Norsuraya Mohd Noor, mengatakan dirinya tidak berniat untuk menjatuhkan mana-mana tahfiz sedia ada namun hantaran itu dibuat demi menuntut keadilan buat anak lelakinya.

“Assalamualaikum. Saya seorang ibu yang menantikan keadilan buat anak lelaki yang diliwat lebih dua tahun di sebuah tahfiz di Pulau Pinang.

“Tujuan saya post bukan sebab nak jatuhkan tahfiz yang sedia ada, tetapi mahu mendapatkan keadilan buat anak lelaki saya. Walau apa pun yang jadi pada anak lelaki, saya tetap hantar anak perempuan belajar di sekolah agama swasta,” luahnya.

Tambahnya lagi, kejadian itu menyebabkan impian anak lelakinya untuk melanjutkan pelajaran ke Mesir musnah dan luluh hati seorang ibu tidak dapat melihat anaknya menjadi seorang hafiz.

“Hancur hati seorang ibu untuk melihat anak tersayang untuk menjadi seorang Hafiz. Dan, hancur impian seorang anak untuk melanjutkan pelajaran ke Mesir,” tulisnya.

image is not available

Ustaz merayu fahami perasaan keluarga

Menerusi hantaran itu, Norsuraya turut memuat naik satu tangkap layar perbualan di WhatsApp bersama ustaz terbabit yang meminta keluarga mangsa mempertimbangkan keadaan yang sedang dihadapinya.

Ustaz tersebut mendakwa dirinya sedang berhadapan situasi sukar dan tidak mahu kedua ibu bapanya tahu mengenai isu tersebut.

Dia juga mengakui perbuatan yang dilakukan adalah jenayah terkutuk dan meminta keluarga mangsa memberi peluang kepadanya memandangkan madrasah berkenaan sudah ditutup.

image is not available

Justeru, Norsuraya meminta mana-mana pihak yang sudi membantu untuk membela nasib anaknya memandangkan dia seorang ibu tunggal yang tidak berkemampuan untuk mengambil khidmat guaman.

image is not available

Terdahulu, media melaporkan seorang guru agama lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Georgetown pada 24 Mac 2021 atas tiga pertuduhan meliwat dan melakukan amang seksual terhadap pelajarnya berusia 15 tahun.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan berkenaan antara 20 November 2020 hingga 14 Mac lalu di sebuah rumah di Teluk Kumbar.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.