“Sia-sia solat subuh kalau…” – Ryzal & Maryam Duriankimchi Tolak ‘Job’ Jenama Diboikot

Entertainment
17 May 2024 • 5:24 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Ramai influencer tempatan kini semakin berani menolak jenama-jenama yang berkait dengan negara Israel secara langsung ataupun tidak susulan serangan yang dilemparkan oleh mereka terhadap Palestin.

Antara influencer yang memilih untuk bersuara berkenaan isu ini ialah pasangan suami isteri, Ryzal dan Maryam atau lebih dikenali sebagai DurianKimchi.

Menerusi laman Instagram miliknya, Ryzal berkongsi dia dan Maryam menolak klien berpotensi yang ingin menawarkan mereka perjanjian.

image is not available

Namun, dalam IG story itu dapat dilihat Maryam dengan sepantas kilat membalas ‘no’ untuk tawaran tersebut yang difahamkan merupakan satu jenama besar.

“Ini merupakan salah satu klien berpotensi yang kami tolak. Meskipun, kami tidak dapat untuk melawan kekejaman Israel, paling kurang pun kami tidak mempromosi produk mereka.

Sia-sialah kami bangun awal untuk solat subuh mendoakan saudara di palestin tetapi masih mengambil duit daripada rangkaian perniagaan mereka (Israel),” tulisnya.

Selain mengesahkan mereka akan menghentikan sebarang kontrak sedia ada, dia juga berkata dia percaya bahawa rezeki itu datangnya daripada Allah SWT.

Malah, Ryzal juga berkata mereka tidak kisah kehilangan RM30K atau RM300K sekalipun jika ingin dibandingkan dengan rakyat Palestin yang kehilangan nyawa.

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.