Siak masjid meninggal dunia ketika solat Isyak

26 Jun 2026 • 2:47 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Siak masjid meninggal dunia ketika solat Isyak
Allahyarham dilaporkan rebah semasa menunaikan solat Isyak. Foto ihsan pembaca

YAN - Kematian siak Masjid Nurul Iman, Kampung Titi Teras di sini pada Khamis, disifatkan sebagai 'pemergiaan' yang dicemburui umat Islam.

Allahyarham Md Zahir Hamid, 53, dilaporkan rebah pada rakaat ketiga semasa sedang menunaikan solat Isyak sebelum disahkan meninggal dunia.

Seorang jemaah yang enggan dikenali berkata, menjadi rutin Allahyarham hadir berjemaah pada setiap kali solat fardu memandangkan tugasnya sebagai siak masjid.

Menurutnya, perwatakan dan keperibadian Allahyarham juga dikatakan disenangi ramai dan mempunyai sifat terpuji.

"Kematian yang dicemburui ramai.. .pemergiannya pada malam Jumaat, hari Asyura, bulan Muharram yang penuh keberkatan dan kemuliaan merupakan pengakhiran yang baik dalam hidupnya.

"Sememangnya beliau seorang yang baik semasa hayatnya," jelasnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Yan, Superintendan Mohamad Hamizi Abdullah berkata, pihaknya menerima laporan sekitar jam 9.15 malam berhubung kejadian.

"Hasil temubual dengan waris memaklumkan mangsa mempunyai rekod penyakit asma dan diabetis selain perlu mengikuti rawatan berkala di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar," katanya.

Beliau memaklumkan, setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved