Siang malam asyik fikir nak jatuhkan kerajaan adil! Syeikh Wazir ingatkan – “Na’uzubillah, haram…”

LocalPolitics
1 Nov 2026 • 4:30 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Usaha menjatuhkan kerajaan atau pemimpin yang mentadbir negeri dan negara secara adil disifatkan sebagai perbuatan haram, menurut Penasihat Kesatuan Pondok Kelantan, Syeikh Wazir Che Awang Al-Makki.

Beliau yang juga Tokoh Turath Islam berkata, tindakan pihak tertentu yang berusaha menggulingkan pemerintahan sedia ada mengingatkan kepada sejarah kemunculan golongan Khawarij.

Menurutnya, golongan berkenaan pernah terlibat dalam pergolakan yang membawa kepada kejatuhan pemerintahan Saidina Uthman RA sebelum berperang dengan Saidina Ali RA.

“Sekarang masih ada Khawarij-Khawarij. Yang berfikir siang malam untuk menjatuhkan dua orang tokoh yang memerintah negeri, memerintah negara dengan secara adil.
“Membangun negeri, membangun negara, tapi ada usaha untuk menjatuhkan mereka. Na’uzubillah, haram,” katanya.

Jatuhkan pemerintahan adil perbuatan haram, menyerupai Khawarij- Syeikh  Wazir - Newswav

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sebarkan Salam Kota Bharu Berselawat di Dataran Muhammadi, Kota Bharu, pada Sabtu.

Majlis berkenaan turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang hadir bagi merasmikan acara serta menyertai selawat bersama para hadirin.

Syeikh Wazir yang juga Profesor Adjung Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) kemudian mengakhiri ucapannya dengan laungan takbir sebanyak tiga kali.

Sumber: FB Tuan Guru Syeikh Haji Wazir Al-Makki

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved