Siang malam teman isteri sakit, kesetiaan warga emas buat warganet cemburu

LocalEntertainment
1 Nov 2024 • 12:33 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Seorang wanita yang dikenali sebagai Putery Intan meluahkan rasa cemburu apabila melihat seorang warga emas lelaki yang setia menemani isterinya tanpa mengira siang atau malam di sebuah hospital.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Intan di laman TikToknya, dapat dilihat warga emas tersebut setia menunggu serta menjaga isterinya yang sedang terlantar sakit.

Kesetiaan warga emas

image is not available

“Aku sendiri nak menangis tengok pakcik ni tunggu isteri dia. Setia betul dia tunggu isteri dia siang malam.

“Boleh tak kalau nak macam ni jugak tua nanti. Nurse mintak dia tunggu diluar sebab nak check ecg pun dia still try hard tengok dari luar macam tu.

“Alahai pakcik saya jeles betul dengan makcik,” katanya.

Sehingga kini, video tersebut raih lebih 10,000 tanda suka dan mendapat lebih 93,000 tanda suka selepas dimuat naik dalam aplikasi tersebut sejak semalam.

Kesetiaan warga emas

image is not available

Dalam pada itu, Putery mendoakan agar isteri kepada warga emas tersebut kembali sihat seperti selalu dan kekal bahagia hingga ke syurga.

“Saya doakan supaya makcik diberikan kesihatan yang berpanjangan supaya pakcik dan makcik dapat sama-sama macam selalu,” ujarnya lagi.

Sumber: TikTok @Puteryintan