Sibuk & Laku! Ju Jihoon Bakal Temui Penonton Dalam 4 Naskhah Pada Tahun 2024

20 Dec 2023 • 12:04 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Sepertinya peminat Ju Ji-hoon akan sibuk dengan jadual padat pelakon itu pada tahun 2024.

Ini antara naskhah yang bakal diterajuinya nanti:

Escape: PROJECT SILENCE

Ia membawa kisah yang berlaku di jambatan berkabus di mana satu insiden tak dijangka menyebabkan satu raksasa terlepas.

Severe Trauma Center

Ianya membawa kisah Baek Kang-hyuk, seorang doktor dan profesor yang diangkat sebagai pengarah pusat di Hospital Universiti Korea, sebuah institusi rekaan dan mengelola pasukan trauma di bawahnya.

image is not available

Lighting Store

Kehidupan antara yang hidup dan yang mati mula terkait apabila sebuah kedai lampu menjadi penyambung keduanya.

Climax

Belum dinyatakan secara spesifik, siri ini akan menggabungkan Ju Ji-hoon bersama pengarah hebat iaitu Lee Ji-won.

Nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.