Siap Ada Elemen Pop-Up! Kanak-Kanak Kreatif Hasilkan Buku Skrap Interaktif Sempena Kemerdekaan Raih Pujian [Video]

Family & Parenting
11 Sep 2026 • 1:15 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Umum mengetahui sempena sambutan Hari Kemerdekaan pada bulan lalu, pelbagai program diadakan bagi menyambut Bulan Kebangsaan.

Selain pejabat dan agensi, sekolah juga tidak terkecuali dari melibatkan murid dengan pelbagai aktiviti sempena hari bersejarah negara itu.

Ibu Kongsi Hasil Kreativiti Anak, Gigih Siapkan Buku Skrap Bertemakan Hari Kebangsaan

Meskipun telah hampir dua minggu berlalu, seorang wanita yang dikenali sebagai Syafiqa tampil berkongsi hasil kreativiti dan air tangan anak lelakinya dalam menghasilkan buku sempena sambutan Bulan Kebangsaan itu.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok @syafiqaricheal, kelihatan anak lelaki Syafiqa yang dikenali sebagai Muhammad Aish Amsyar melakukan kerja-kerja seperti menggunting sebelum menghasilkan buku terbabit yang merupakan projek cuti sekolah.

Dapat dilihat Muhammad Aish yang baru berusia 12 tahun menghasilkan sendiri buku skrap yang penuh dengan elemen pop-up serta interaktif itu.

Image from: Siap Ada Elemen Pop-Up! Kanak-Kanak Kreatif Hasilkan Buku Skrap Interaktif Sempena Kemerdekaan Raih Pujian [Video]

Hampir Setiap Helaian Penuh Dengan Elemen Pop-Up, Dapat Idea Hasilkan Buku Dari TikTok

Apa yang menjadi perhatian adalah kebanyakan halaman buku skrap yang dihasilkan oleh Muhammad Aish mempunyai elemen pop-up yang pastinya menarik minat si pembaca.

Image from: Siap Ada Elemen Pop-Up! Kanak-Kanak Kreatif Hasilkan Buku Skrap Interaktif Sempena Kemerdekaan Raih Pujian [Video]
Image from: Siap Ada Elemen Pop-Up! Kanak-Kanak Kreatif Hasilkan Buku Skrap Interaktif Sempena Kemerdekaan Raih Pujian [Video]

Kongsi Syafiqa kepada BuzzKini, anaknya itu hanya mengambil masa satu minggu untuk menghasilkan buku berkenaan.

Jelasnya, Muhammad Aish mendapat idea untuk menghasilkan buku tersebut selepas mempelajari tutorial dari TikTok dan mengambil rujukan dari buku yang pernah dihasilkan olehnya sebelum itu.

“Untuk buku ni dia amik contoh tutorial kebanyakannya dalam TikTok. Dia gabung jadi satu buku. Ada yang idea dari buku skrap dia masa darjah 4 juga tetapi ada beberapa tutorial yang dia tak boleh buat sendiri, saya ibunya, tolong sama-sama buat dengan dia.

“Yang lain gunting tampal semua dia ukur gunting tampal sendiri je,” kongsinya.

@syafiqaricheal

Alhamdulillah, akhirnya selesai project cuti sekolah seminggu ni. Mama bangga dgn anak soleh mama Abg Aish. Good luck Abg Aish #bukuskrap #bukuskrapkemerdekaan2026 #merdeka #bukuskrapmerdeka #bukuskrapkemerdekaan

♬ DJ MIA Keranamu Malaysia Remix – DJ MIA

Tonton video penuh [DI SINI]

Warganet Puji & Kagum Lihat Hasil Air Tangan Kanak-Kanak Buat Buku Skrap

Perkongsian yang telah mendapat lebih 1.1 juta tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji dan kagum melihat hasil air tangan kanak-kanak berkenaan.

Malah, ada yang membandingkan diri mereka dan menyifatkan Muhammad Aish jauh lebih kreatif berbanding diri mereka sendiri.

Pun begitu, ada segelintir warganet yang perasan dan menegur kesilapan kedudukan pada bendera Negeri Sarawak.

Anak Tak Sengaja & Tak Perasan Ada Kesilapan Pada Bendera Sarawak

Syafiqa mengakui kesilapan tersebut dan menjelaskan anaknya itu tidak sengaja dan tidak perasan dengan kesalahan tersebut.

Pun begitu, Muhammad Aish telahpun memaklumkan kepada gurunya mengenai kesalahan berkenaan.

Ini antara komen menarik pengguna TikTok:

“Power Kau Dik, Abang Dulu Bakar Tepi Kertas Guna Ubat Nyamuk Pun Dah Bangga”

Image from: Siap Ada Elemen Pop-Up! Kanak-Kanak Kreatif Hasilkan Buku Skrap Interaktif Sempena Kemerdekaan Raih Pujian [Video]

“Kreatif Sangat, Berapa Umur Anak Ini? Moga Berjaya Dengan Cemerlang”

Image from: Siap Ada Elemen Pop-Up! Kanak-Kanak Kreatif Hasilkan Buku Skrap Interaktif Sempena Kemerdekaan Raih Pujian [Video]

“Ulang-Ulang Saya Tengok Macam Mana Semua Berfungsi, Sangat Kreatif”

Image from: Siap Ada Elemen Pop-Up! Kanak-Kanak Kreatif Hasilkan Buku Skrap Interaktif Sempena Kemerdekaan Raih Pujian [Video]

“Hi Mom, Maaf Nak Tegur, Bendera Sarawak Salah, Jalur Warna Hitam Atas, Merah Bawah”

Image from: Siap Ada Elemen Pop-Up! Kanak-Kanak Kreatif Hasilkan Buku Skrap Interaktif Sempena Kemerdekaan Raih Pujian [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Effort Ibu Bapa Hasilkan Rekaan Kreatif Buat Anak Sempena Hari Kemerdekaan Raih Pujian [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Rekaan Baju Pelajar Sekolah Guna Bahan Kitar Semula Sempena Hari Kebangsaan Raih Pujian [Video]

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved