Polis kesan pemandu biar budak keluar badan di ‘sunroof’

3 Sep 2026 • 10:55 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Polis kesan pemandu biar budak keluar badan di ‘sunroof’

IPOH – Polis sedang mengesan pemilik kenderaan yang membenarkan beberapa kanak-kanak mengeluarkan sebahagian badan melalui sunroof (bumbung) kenderaan ketika sedang bergerak di lebuh raya.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah berkata, pihaknya mengesan video berdurasi 21 saat itu di Facebook semalam.

Katanya, kejadian itu dipercayai berlaku di Lebuh Raya Meru-Jelapang sekitar pukul 6.45 petang.

“Usaha sedang dilakukan bagi mengenal pasti pemilik kenderaan berkenaan dan mengambil keterangan daripada individu terbabit bagi membantu siasatan,” katanya.

Menurut beliau, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di talian 05-2451500.

“Orang ramai juga boleh menyalurkan maklumat ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.

Terdahulu, tular video berdurasi 21 saat yang memaparkan beberapa kanak-kanak perempuan mengeluarkan sebahagian badan mereka melalui sunroof (bumbung kenderaan) sebuah kereta Toyota Alphard sekali gus mengundang kecaman ramai. – KOSMO! ONLINE

The post Polis kesan pemandu biar budak keluar badan di ‘sunroof’ appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved