Siap Ada Gelongsor, Abang Foodpanda Di Miri Bagi Makan Anjing Peliharaan Buat Netizen Terhibur

7 Jun 2023 • 3:32 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Pelanggannya meminta abang Foodpanda untuk meletakkan makanan di atas gelongsor

Siap Ada Gelongsor, Abang Foodpanda Di Miri Bagi Makan Anjing Peliharaan Buat Netizen Terhibur. Sebuah video mengenai seorang pengguna Foodpanda dan anjing peliharaan milik pelanggannya menjadi viral di platform media sosial Tiktok baru-baru ini.

Di Miri, pemilik anjing tersebut telah memesan hidangan nasi ayam untuk peliharaannya dan meminta agar Abang Foodpanda menggunakan ‘gelongsor’ khas untuk menghantar makanan itu ke kedua-dua anjing tersebut.

image is not available
Siap Ada Gelongsor, Abang Foodpanda Di Miri Bagi Makan Anjing Peliharaan Buat Netizen Terhibur

Difahamkan bahawa pelanggannya telah memesan nasi ayam untuk kedua-dua anjingnya.

Dalam video tersebut, memaparkan abang Foodpanda yang tekun akur pada permintaan pelanggannya untuk membuka bungkusan nasi ayam tersebut lalu meletakkan ke dalam gelongsor.

Rata-rata netizen turut geli hati lihat kegigihan pemilik anjing peliharaan tersebut untuk membuat gelongsor khas buat menyalurkan makanan kepada anjing peliharaannya.

image is not available

Kongsian video ini telah menarik perhatian netizen di seluruh Malaysia. Lihat video penuh di bawah:

image is not available

Kongsian video abang Foodpanda tersebut memberi makan anjing peliharaan pelanggannya telah menjadi viral di laman sosial. Kongsian video tersebut raih sebanyak 363.5K kali tontonan dan 801 komen dari netizen.

Melihat respons netizen, rata-rata orang turut terhibur dengan kisah ini dan banyak berkongsi video tersebut di platform sosial media.

image is not available

image is not available

Lagi artikel menarik, anda boleh baca pautan di bawah: