
Syarat cuci kereta secara percuma buat netizen berdekah
‘Wanita Tulen Sahaja’, Syarat Cuci Kereta Percuma Ini Buat Netizen Terhibur. Satu hantaran mengenai cuci kereta secara percuma telah menarik perhatian netizen apabila carwash menawarkan syarat yang ditetapkan.
Menerusi perkongsian di Facebook, Captain carwash, mereka menawarkan cucian kenderaan percuma, khas untuk para wanita sahaja.
“70% pelanggan kami terdiri dari kaum wanita, kami menawarkan cucian asas secara percuma kepada pelanggan-pelanggan wanita kami sebagai tanda penghargaan dan sokongan padu dari mereka,” tulisnya di laman Facebook itu.
“Percuma Cucian asas, cucian luar & vacuum sahaja. Tiada kabel, tiada tempahan khusus pada hari berikut, prosedur kereta yang datang kereta itulah akan dicuci,” tambahnya lagi.

Percuma selama dua hari berturut-turut
Bukan itu sahaja, malah Captain Carwash telah memaklumkan tarikh untuk cucian percuma, yang akan berlangsung mulai hari ini, 6 Jun, hingga 8 Jun 2023, Khamis.
Bagaimanapun, syarat yang dikenakan di dalam hantaran itu hanya untuk wanita tulen sahaja. Namun, mereka juga mengatakan niat syarat tersebut bukan untuk mempersendakan golongan separa wanita.
“Kepada golongan separa wanita, kami juga memohon maaf tidak berniat untuk mempersendakan anda.

Semua ingin menjadi wanita tulen kerana mahu cuci kereta secara percuma
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berdekah dengan syarat tersebut serta ramai menyatakan bahawa mereka adalah wanita tulen 100% kerana mahu mencuci kenderaan dengan percuma.
Segelintir netizen turut berkata, syarat itu penting kerana takut banyak wanita tiruan pergi untuk mencuci kereta di tempat tersebut.
Sementara itu, anda boleh melawati Facebook Captain carwash untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan tempat, masa operasi dan talian khidmat pelanggan.


