“Siap ada kereta Volkswagen”- Ramai Puji Dekorasi Raya Ala Suasana Kampung Di Pusat Beli Belah The Exchange TRX

Entertainment
24 Mar 2024 • 3:20 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Apabila tibanya musim perayaan, memang ramai antara kita yang menunggu-nunggu untuk melihat dekorasi raya, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Krismas di pusat beli-belah seluruh negara terutamanya di pusat beli belah terkemuka di Kuala Lumpur.

Pusat beli belah terbaru di KL, The Exhange TRX telah dipuji oleh warganet kerana dekorasi raya di mall tersebut yang cantik dengan konsep rumah kampung.

image is not available

Sebuah rumah kampung telah dibina di dalam pusat beli belah itu dan lebih menarik, sebuah kereta Volkswagen lama dan motosikal vespa turut diletakkan di sekitar kawasan dekorasi itu sebagai hiasan untuk menggamit nostalgia menyambut raya di kampung halaman.

Lebih menarik lagi, selain dekorasi raya yang menarik, pelbagai persembahan seperti tarian ghazal, kompang, zapin, silat, joget rakyat juga akan diadakan setiap hujung minggu sehingga 21 April ini sempena musim perayaan Aidilfitri ini.

Memang ada banyak spot yang cantik-cantik untuk korang bergambar.

image is not available

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.