Siap Ada Orang Bukakan Pintu, Ramai Kagum Dengan Suasana Makan Di KFC Zaman Dulu-dulu

Food
6 Nov 2022 • 10:54 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bila bercakap tentang ayam goreng, mesti akan terus ingat jenama KFC kan. Ayam goreng yang rangup dan kentang putarnya merupakan menu yang wajib kita beli jika ke KFC.

Namun, tahukah anda bagaimana suasana KFC pada zaman dulu-dulu terutamanya pada sekitar tahun 80-an?

Rupa-rupanya layanan KFC pada zaman itu sangatlah terbaik dan berbeza dengan hari ini sebab pelayan pada zaman 80-an datang ambil pesanan di meja makan tau!

Suasana KFC pada zaman dulu-dulu ini telah dikongsikan dalam filem Ali Setan 2 yang ditayangkan pada tahun 1986.

Sedutan babak tersebut pula telah menjadi tular di media sosial setelah dikongsikan semula baru-baru ini untuk mengimbau kenangan zaman dulu-dulu.

Dalam filem tersebut, ada sebuah babak yang menunjukkan watak utama dan rakan-rakannya ke KFC untuk makan.

image is not available

Dapat dilihat dalam babak tersebut bahawa salah seorang pekerja KFC juga telah membukakan pintu restoran segera itu kepada pelanggan yang baru sampai.

Selain itu, ada juga pelanggan yang makan ayam KFC dengan menggunakan pisau, sudu dan garfu besi. Sekarang pulak kalau kita makan di KFC, mereka akan beri sudu dan garfu plastik je kan.

image is not available

Pada zaman itu juga, botol-botol berisi sos diletakkan di atas meja makan pelanggan.

Difahamkan juga, pelanggan pada ketika itu juga boleh makan dulu baru bayar di KFC. Zaman sekarang pulak, semua pelanggan kena beratur di kaunter untuk buat pesanan dan bayar terlebih dahulu, baru boleh makan.

image is not available

Jauh betul beza KFC zaman dulu dengan zaman sekarang kan.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.