
Lagi beberapa hari sahaja lagi, kita bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri yang dijangka jatuh sama ada hari Rabu (10 Mac) atau Khamis (11 Mac) ini.
Disebabkan hari raya jatuh pada pertengahan minggu, admin yakin kebanyakan daripada korang semua sudah mengambil cuti lebih awal untuk pulang ke kampung halaman pada hujung minggu ini atau seawal Jumaat malam ini.
Pun begitu, bagi mereka yang ingin pulang ke Pantai Timur, korang pastinya sudah sedia maklum dengan trafik teruk yang bakal korang hadap untuk pulang ke kampung.
Artikel berkaitan: “Dengan aku pun rasa girang” – Cikgu Hiburkan Murid Nyanyi Lagu ‘Balik Raya’ Dipuji Netizen
Artikel berkaitan: [VIDEO] Sekumpulan Lelaki Bagi Air Percuma Dekat Pengguna Jalan Raya Yang Sangkut ‘Jammed’ Di LPT
Puchong-Machang 23 jam perjalanan
Menerusi perkongsian TikTok @sue_haniey, dia menceritakan pengalaman pulang memandu kereta seorang diri ke Machang, Kelantan dari Puchong, Selangor.
Pengalaman tersebut katanya terjadi pada tahun lepas iaitu 2023, yang mana dia mengambil masa 23 jam untuk tiba di Machang.

Menurutnya, dia terpaksa berpanas di dalam kereta dalam menghadap jem yang teruk dan tidak bergerak langsung.
Malah untuk tiba ke Gua Musang yang hanya 14km jauhnya itu pun mengambil masa lebih kurang 1 jam di atas lebuhraya.


Walau bagaimanapun, dia terpaksa mengambil keputusan untuk tidur di tepi highway selepas minyak keretanya habis.
Agak unik juga, kelihatan ada individu yang menjual minyak di tepi lebuhraya itu dan dia terpaksa membeli minyak tersebut walaupun mahal demi meneruskan perjalanan.
Letaklah mahal pun. Kitanya takut, orang perempuan sorang pulak. Siapa nak tolak kereta kalau habis minyak,” katanya.


Walaupun hampir berputus asa dan akhirnya bertemu dengan stesen minyak, Sue bersyukur dia selamat tiba di destinasi pada pukul 5 pagi.
Sampai rumah pukul 5 pagi, bertolak pukul 6 pagi kelmarin. Memang pengalaman takkan lupa sampai bila-bila.
“Sekian dari gadis perantau Puchong-Machang 23 jam,” tulisnya.

Fuh kental betul akak ni bawa kereta 23 jam atas jalan raya. Semoga urusan mereka yang ingin pulang ke kampung halaman bermula hari ini dipermudahkan. Hati-hati di jalan raya!
Sumber: TikTok
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.




![Lelaki Kongsi 5 Potongan Daging Terbaik Untuk Masak Rendang Sempena Aidilfitri [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/food.jpeg)
![Pemandu Treler Dilihat Cuba Himpit Kereta Di Jalan Raya [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/cars.jpeg)