Siap Ada Patung Merlion Palsu! Netizen Terkejut Lihat Ada ‘Mini Singapura’ Di Medan, Indonesia

Travel
25 Oct 2022 • 4:27 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Di Malaysia, banyak tempat yang dibina dengan tujuan untuk menunjukkan budaya dan adat sesebuah kaum. Malah, ada jalan di Malaysia yang dinamakan sempena tokoh luar negara untuk memperingati sejarah di situ.

Namun lain pula kisahnya di Indonesia apabila ‘wujudnya’ negara Singapura di sana. Menerusi satu video yang tular baru-baru ini, seorang individu bernama Sophia ada mendedahkan sebuahh lokasi di Medan, Indonesia yang direka sama seperti di Singapura.

@notsophany

Truth is.. this is a new residential area in Medan (the city I grew up in before moving to Singapore)!! Interesting visitimage is not available

♬ Wo Yao Ni De Ai (I Want Your Love – I Want You To Be My Baby) – Jasmine Chen

Bandar replika Singapura ini dibina oleh Citraland Gama City, dan ia diberi nama ‘The Singapore of Medan’. Menariknya di sini, bandar replika ini turut mempunyai patung singa Merlion sama seperti di bandar Singapura.

Tidak cukup dengan itu, beberapa binaan di sini juga dicipta untuk membawa identiti Singapura. Sebagai contoh, bandar itu mempunyai ‘Electronic Road Pricing (ERP)’ palsu, teknologi tol yang digunakan di Singapura.

image is not available

image is not available

image is not available

Malah, kawasan perumahan di situ juga menggunakan nama sebenar yang wujud di Singapura seperti Raffles Place, Clarke Quay, Fullerton dan Dempsey Hill.

Menurut laman web Citraland Gama City, The Singapore of Medan membawa konsep kediaman yang bersih, hijau dan moden. Bandar ini merupakan bandar bebas terbesar dan terlengkap di Medan.

Hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet terkejut dengan kewujudan ‘Singapura’ di Medan Indonesia.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.